Friday, August 5, 2011

Laskar Pelangi

Puasa, kurniaan ujian untuk manusia. menahan diri dari nafsu, nafsu dipecahkan lagi kepada mata, telinga,hidung,perasaan. Minggu ni saja mata tidak berkelip melihat wanita-wanita seksi, di surau hari tuh pula ketagihan merokok, seperti orang yang baru jumpa dadah setelah berkurun lama terperangkap di tempat lain. Bulan ini juga bulan kejar pahala.

Shoot untuk tudung efa da selesai, masa untuk berfikir gambarajah yang baru, idea idea. Bulan puasa orang baca al-quran dan buku-buku agama, aku pun tak ketinggalan baca buku yg isi kandungan dia ada info agama, habiskan baca buku ''i am muslim'' by dina azman.

Habiskan masa tonton cerita ''laskar pelangi'' dengan adik-adik. Sampai sekarang dalam mind terngiang-ngiang apakah kesudahan sekolah muhammadiyah, cikgu muslimah. Seperti biasa watak "lintang'' menjadi idol. Seorang abang yg mengorbankan cita-cita nak belajar di sekolah dan berjaya setelah kematian ayahnya, dan di akhir cerita lintang meneruskan usaha dia, kali ini menerusi anak perempuannya. Aku harap aku boleh jadi macam tuh.

Jauh terimaginasi, terlupa masing-masing punyai kehidupan berbeza, cerita tuh buat aku hilang dan berfikir tentang diri, dan keluarga. Seperti biasa akhirnya kesimpulan aku, adik aku masih tak nampak akan kesusahan kehidupan. Mereka mewah lagi dan bersosial dan bergembira adalah pilihan mereka.haihh.

note: had fun and rilexing day during fasting

No comments: