Kali ni 12 orang utk trip ke port dickson, jadi dua kereta disumbat tp masih selesa lagi sebab mpv dan saga. Dari tg.malim mulakan perjalanan, jam 10.30. Bermula dengan sepuluh orang dulu, lagi dua ambil di ampang dan puncak jalil. ahaha.
Breakfast Nasi lemak Haji Din
Bertolak ke Ampang
Bertolak ke Puncak Jalil
Bertolak ke Port Dickson
Sampai di Marina hotel jam 4.00petang, ok kali lembap macam siput sebab jalan jem. Pfft patutnya 2 jam je da sampai. Check in dan lepak at apartment marina dua bilik, berbaloi sebab selesa dan luas. 12 orang tak jadi masalah untuk disumbat, apatah lagi 20 orang. ok aku tipu 20 tuh terlalu melampau.
Petang ke swimming pool mandi manda dan cuci mata melihat perempuan seksi. Lambung2 membe ke swimming pool memang seronok, lebih orgasm dari melihat perempuan berbikini. Habis mandi kuar ke kedai ayam panggang nasi kukus, lepas mandi memang lapar sangat kemudian ke pantai seri bayu, rasa angin laut petang-petang dengan sekotak rokok,sempat karoeke di pekan kecil pd dengan lagu mengarut ngarut, rasa macam simple je tp puas. hahaha.
Malam makan di kedai ikan bakar, aku lupa nama menu dia. demm tapi sos dia sedap,sos dia yang habis dulu.haha. Balik apartment tidur. Hari kedua awal pagi jam 9.00 bergerak ke pantai teluk kemang, mandi bogel. badan rasa selesa, ok aku beranikan diri bawa kamera ke dlm laut. Cuaca pagi tu memang cantik. haha. Habis mandi terus ke apartment and check out. Roadtrip kali ni 2 hari 1 malam je btw simple dan enjoy even tak byk aktiviti.
note: aku buat satu vid roadtrip, simple editing sebab pc hang. so hope orang yg tengok bula rasa enjoy dia.tengs
No comments:
Post a Comment