Sunday, January 2, 2011

tahun baru, 2011

Selamat Tahun Baru,

Tahun 2010 sama seperti sebelumnya, banyak ceritanya. Aku rasa 2010 pun adventure dan mencabar. 2011 ni macam mane pula?jauh perjalanan lagi, otak berkembang, umur meningkat tp masih tak hasilkan idea yang menarik.Dan tambah rindu akan mereka yg telah pergi meninggalkan kita, smoga mereka aman di alam sana.al fatihah.

Tahun baru ni, bagi aku biasa je dan tak celebrate pun mungkin sebab umur yg da meningkat. Padahal aku baru 22 tahun, tak capai apa-apa pun lagi buat masa ni. Semalam buat bbq dengan kawan-kawan lama, jumpe dan gelak ketawa beramai-ramai sambil bersembang pasal tekanan masing-masing. Ayam 3 ekor diratah tp masih tak habes-habes,myb sebab semalam beberapa kerat je yang ada. Yang lain mgkin telah berhijrah ke tempat lain nak cari rezeki yg halal dan dapatkan pengalaman baru.

Aku rasa matlamat 2011 nih adalah nak dapat body camera baru dan asah otak untuk jadi lebih berseni dan kreatif. Cuba nasib sana sini, hope aku dapat kerja yang menarik dan tidak membosankan. Minggu lepas 3 company aku try apply tapi tak satu pun yang call dan cakap sila datang untuk interview.haihh..

Kecewa juga, mesiniaga,western digital dan kurnia insurans memang company besar jadi persaingan memang sengit la. Jadi aku kena teruskan berdoa. Hope tahun 2011 aku dimurahkan rezeki dan mencapai matlamat.

2 comments:

zaty kecik said...

appy new year nick ahmad faiz!
smoge tahun 2011 kali lebih awesome utk ko!amin~

esszrokstarx said...

tengs kecik.
2011 is the new adventure!