Broga Hill, terletak di Semenyih. Sudah lama saya nak kesana dan pagi tadi sampai juga akhirnya, dengan perasaan yang gembira ditemani teman-teman dan melarikan diri dari kerja dan lain-lain. Singkat saja masa di masa itu, tapi sudah cukup untuk hasilkan buku yang panjang dan menarik. Semalam dikejutkan dengan berita Taufiq Shariff meninggal dunia kerana penyakit brain tumor. Aku sebenarnya byk kaitkan teknik edit seperti dia, jadi pada aku dia influence aku yang kreatif. Al-fatihah untuk beliau.
Sambung kembali, aktiviti di broga, antara yang terlibat pagi tadi hanya 7 orang termasuk aku, gee, nuar, syuk, hanip, ewan dan muaz. Masa mula-mula naik memang tercungap-cungap, seperti sedia maklum saya seorang perokok jadi tak hairanla saya tercungap giler masa sampai atas bukit tu. Sampai je atas jam 7.00pagi yes dapat lihat sunrise, cantik. Melepak dan meneliti permandangan sampai jam 9 pagi baru rasa nak turun. So bila turun detik adventure sekali sebab bukit curam dan licin, ramai juga yang tergelincir pagi tadi dan ada juga seorang budak yang hampir jatuh ke gaung. Syukur semuanya selamat. Tempoh tido untuk sehari 2 jam sahaja campur 1jam trtdo di tilam, kemudian bekerja.
No comments:
Post a Comment