Thursday, September 9, 2010

Balik Kampung


Kampung di terengganu, haha sudah dua tahun tak pulang, raya tahun ni beraya di tg.malim sahaja. Entah apa akan berlaku sepanjang tempoh raya nanti? tahun lepas masing-masing dengan aktiviti sendiri, terasa macam perpecahan pula. Tahun ini Nik Tajudin (uncle) pun tak beraya di terengganu, dia ke overseas atas urusan kerja. Saya jangkakan raya tahun memang rasa serba serbi kekurangan. Tapi saya tetap rindukan orang-orang di sana, yela sudah lama tak berjumpa.
Malam tadi kerja memang terasa semangat raya, tapi masa merempit terasa obses dengan kelajuan. Alhamdulillah sepanjang di lebuhraya (ke utara-ipoh) tak ada sebarang kemalangan berlaku, macam ni semua keluarga dan beraya dengan orang tersayang. Mood bekerja tadi pun malas dan hati dah terngiang-ngiang nak balik rumah dan buat aktiviti yang menarik. Sampai tg.malim singgah ke rumah raja azahar, lepak dengan raja zaleha, acap dan bomba. Berborak tanpa henti sampai assignment acap tergendala.

Note: Gaji ciput,shopping pun ala kadar dengan masa yang limit, program dengan budak rumah sewa pun tergendala. Agak-agak aku masih dapat duit raya lagi tak tahun ni?

No comments: