Monday, January 25, 2010
Petang di hutan
Petang semalam aku tak boleh duduk diam walaupun tengah demam, jadi aku melangkah ke hutan sekejap mencari keharmonian, dengar bunyi air sungai, suasana redup dan sejuk. selesa sekali, turut serta 3 rakan aku iaitu noorazri, ashraf dan mejar fais. Mereka mencari lokasi untuk perkhemahan kem hiv aids yang akan dijalankan bulan 6 nanti kalau tak silap. So lokasi ni adalah lokasi cadangan sahaja. Sudah merelease tension demam masih sama sahaja, malam aku terfikir nak siapkan sedikit laporan. Bila stay malam di rumah bos, mood nak buat report hilang sebab selesema yang melecehkan jiwa raga. Terus aku cabut balik rumah dan tidur.
Saturday, January 23, 2010
Resting
masa
Wednesday, January 20, 2010
w?
Unit Teknologi Maklumat
20 Januari - Hari ketiga praktikal, semua berjalan lancar walaupun terpaksa bekerja secara sendirian tapi sempoi hari nih, juz kerja-kerja penyelenggaraan komputer saja so setelah selesai semua aku hanya duduk dalam kutub utara yg sejuk membekukan kepala, bila balik aku cairkan semula kepala dan otak aku.
2nd day praktikalisme
Hari ini kerja aku rehat sedikit, selesaikan semua fail-fail dan tak sangka kerja aku selesai, seorang diri bertungkus lumus memang bangga gaban juga. Selepas selesai pengurusan fail sekarang masa untuk bertemu buku baru iaitu belanjawan perpustakaan. Budget Library memang tinggi, kaya dan kaya sangat.
1st day praktikalisme
Hari pertama datang ke tempat kerja, rasa ketaq kaki, tetek, bulu roma naik macam nak ambil exam result pula. Tapi itu mula-mula saja, lepas masuk je da diberi guide oleh Cik Chin so tenteram sekejap jiwa dan kemudian ronda-ronda bersama tour guide orang yg sama juga handle kami iaitu Cik Chin. Untuk hari pertama sahaja, aku ditempatkan di unit pentadbiran, En Fazli B. Ahmad Rasmi yang briefing tentang sistem pengurusan fail dan hari pertama juga aku mendapat tugasan, fuh nasib sedikit saja, sebab kerja penyusunan rekod memang kena teliti. So settle keje di hari pertama. Running ke court tennis untuk sesi memanaskan badan dan keluarkan peluh.
Monday, January 18, 2010
Semasa di Pertama Complex, aku mencuba converter wide lens. inilah hasilnye, so tanpa ragu aku beli sebab aku rasa murah sangat dan boleh aku berjimat. Barang utama yang dicari ialah battery grip, tp for D60 juz ada yang AP sahaja, bila test pun button dia rasa keras and function pun kurang. So battery grip cancel, juz beli battery spare je. Kak Sai tukang promote barang, sempoi gile harga yang dia kenakan. Aku habiskan lebih 300 ringgit malaysia..baju top man terpaksa cancel sebab budget aku lari sangat. So aku dan gee pergi ke timesquare pula tuk survey kasut tenis. Gee try kasut adidas dan sekarang dia berkasut adidas. Balik rumah mata tak dapat lelap mungkin efek rasa takut menghadapi praktikal esok.
Sunday, January 17, 2010
gementar sedikit
18 januari nanti aku mula praktikal di perpustakaan upsi, rasa gementar sebab takut tak dapat laksanakan tugasan dengan baik. Jam 8 pagi aku akan terpacak di hadapan perpustakaan upsi tersebut. Juz berharap semua berjalan lancar. itu saja, masa aku semakin terhad bila praktikal bermula.
WNK 6909
17 Januari 2009 - Hari terakhir aku gunakan kereta honda city 1.5 blackhawk arwah ayah aku. Lepas ni aku juz ada gambar kereta tu je, tak dapat nak bawak lagi. Buyer kereta asal parit, ipoh. Apa yang aku boleh katakan aku rasa berat hati jualkan kereta tu. Wajar atau tak mungkin selepas selesai urusan baru aku tahu. Kesilapan aku sebab cuai aksiden dulu. Menyesal pun dah tak berguna lagi. Aku masih ingat lagi ayah aku bagi aku drive 1st time dulu, memang satu kejutan. hahaha.
Thursday, January 14, 2010
Register
Selesai sudah pendaftaran masuk unisel hari pertama, kenapa aku datang hari pertama? aku jenis suka buat keje awal2 lepas itu mulakan aktiviti goyang kaki sambil tengok movie2. Yuran untuk pendaftaran kali ni sama saja, perubahan sekejap yg dibuat telah di batalkan atas sebab-sebab Mogok! hahaha mana tak nya yuran naik tiba-tiba dengan nilai yang tinggi terus kalau nak buli or kenakan orang pun beragak-agak la sikit. So pihak MPP Unisel menentang menggunakan facebook kenaikan yuran tersebut, semua student support tuk tentang habis-habisan.
Hasilnya daripada pengumpulan pelajar dari yang majoriti menyokong untuk membatalkan kenaikan yuran tersebut. Aku apa lagi tanpa segan silu bertanya, bro duit balance utk student yang bayar terlebih tuh boleh dapat sekarang x? hahaha trick lama diorang guna, duit tuh terus masuk tuition fees. So selesai saja daftar aku nak cabut terus mulanya. Rasa berat hati pula, aku malas nak bazirkan masa balik kosong tanpa lepak dengan budak-budak nih, so merayau-rayau sekejap then balik ke unisel semula terserempak dengan ewan jalil, naim viva dan muaz. So masa naim sibuk mendaftar aku ke fakulti dan berkumpul dengan budak kelas dan isi borang praktikal, then runner balik ke dewan utama.
Duduk jadi tugu negara sekejap pastuh terserempak dengan basir, azim dan fazzry tak lupa juga luqman dan aweknya. Naim selesai daftar sumbat semua dalam kereta aku terus ke midvalley, kuala berlumpur. So sampai sana cuci mata. Berjalan-jalan non-stop sampai petang baru rasa nak balik.
note: bangkit jam 7.00pagi, runner dengan kelam kabut ambil gee dan jurish. Sampai aku lupa tees. Leceh betul.
Hasilnya daripada pengumpulan pelajar dari yang majoriti menyokong untuk membatalkan kenaikan yuran tersebut. Aku apa lagi tanpa segan silu bertanya, bro duit balance utk student yang bayar terlebih tuh boleh dapat sekarang x? hahaha trick lama diorang guna, duit tuh terus masuk tuition fees. So selesai saja daftar aku nak cabut terus mulanya. Rasa berat hati pula, aku malas nak bazirkan masa balik kosong tanpa lepak dengan budak-budak nih, so merayau-rayau sekejap then balik ke unisel semula terserempak dengan ewan jalil, naim viva dan muaz. So masa naim sibuk mendaftar aku ke fakulti dan berkumpul dengan budak kelas dan isi borang praktikal, then runner balik ke dewan utama.
Duduk jadi tugu negara sekejap pastuh terserempak dengan basir, azim dan fazzry tak lupa juga luqman dan aweknya. Naim selesai daftar sumbat semua dalam kereta aku terus ke midvalley, kuala berlumpur. So sampai sana cuci mata. Berjalan-jalan non-stop sampai petang baru rasa nak balik.
note: bangkit jam 7.00pagi, runner dengan kelam kabut ambil gee dan jurish. Sampai aku lupa tees. Leceh betul.
Monday, January 11, 2010
kunci!
Bila terasa seperti terlupa benda, objek, macam lagi rasa porak poranda, berkecamuk semua ada sekali. Bercakap dalam hati dan berfikir non-stops perkara yg terlupa itu. Rasa macam perkara biasa saja tapi kadang-kadang rasa macam impak besar pun ada juga. Ke hulu hilir bergerak, merayau sana sini tapi yang bermain dalam otak perkara sama. Apa keBenda yang aku lupa? Kenapa mesti aku lupa? adakah ini efek terlebih makan semut? terlebih tonton lucah? semakin merepek.
note: kunci rumah tertinggal. emosi melampau sampai tahap macam nih sekali.
note: kunci rumah tertinggal. emosi melampau sampai tahap macam nih sekali.
Saturday, January 9, 2010
Ziarah beliau, nik ahmad iskandar
Hari sabtu, 9 januari 2010, sudah setahun allahyarham nik ahmad iskandar pergi meninggalkan kami. Hari ini kami masih mampu berdiri, mengharungi kehidupan yang semakin lama semakin mencabar. Dunia hari ini dilabel sebagai dunia duit. Hahaha. Terima Kasih pada mereka yang banyak membantu kami sekeluarga, terutama ayah long, kawan2 allahyarham, kawan2 mama dan kawan2 aku yg masih tegar bersama dengan aku. So untuk hari ini, aku dan mama dah selesaikan urusan upgrade kubur beliau, bagi kemas dan lengkap batu nisan bernama. Kos menelan belanja RM2000, puas hati kerja tangan pak cik tersebut. Tengsss. Untuk gambar di atas merupakan gambar kubur beliau, sebelum di ubah suai. Kebetulan pak cik membuat kerja2 ni, hari lahirnya sama dengan allahyarham. Operasi ubah suai kubur memakan masa tempoh 1 jam lebih. Selepas membuat bayaran. Kami berbual panjang. Al Fatihah
Friday, January 8, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Hospital Slim River
sesi mandi-manda dan bakar-bakar
Cuaca panas terik masa sampai di rumah ewan, naik hitam juga tangan, muka, kaki aku. Hari ini join budak-budak hulu bernam terjun ke sungai. Masing-masing da lama tak lepak macam nih, seronok dapat berkumpul macam ni. Idea nuar dan ewan membawa semua ke simpang empat untuk sesi mandi manda dan bakar-bakar lahap dan buncitkan perut sehingga mantap. Settle sume, balik ke rumah ewan dan rilexkan otak sekejab sambil maen terup sehingga azan asar berkumandang, 30 minit kemudian semua pulang ke rumah.
Orang terlibat: Nick, Gee, Jurish, Nuar, Ewan, Naim, Aidil dan Zul.
Perah otak
Pointer semester 6 2008/2009
Untuk final paper kali ini aku berjaya dapatkan dekan dengan gpa 3.67 dan cgpa 3.39, seronok juga walaupun hanya untuk kali kedua tapi syukur tak terkata. Mulanya aku rasa aku akan dapat C sebab aku seorang pemalas menyerap nota2, mencuci mata melihat nota. Mungkin sebab masa belajar last minit aku dapat cover semua weak2 yang ada. Ada juga kawan-kawan aku yang sangkut untuk paper subject headings and classification, ambil masa untuk repeat paper nanti. Syam sangat geram dan Era pula mengamuk , mencaci, memaki dan mencarut tanpa henti. So next semester aku buat praktikal di UPSI. Semoga berjalan lancar sewaktu praktikal disana. Untuk kawan2 yang lain, semoga mereka turut sukses kemudian operasi santap beramai-ramai sampai buncit. Habisla perut aku nanti masa tuh.
1st day at school on 2010
Inilah dia generasi baru, generasi siber, generasi yg maju. Hope 3 beradik tidak lalai dari menjalankan kewajipan mereka sebagai pelajar dan anak dan terhindar dari terpesong ke arah yang negatif. Mereka bertiga belum matang tapi mereka punyai perasaan dan berotak lagi. So hari ini 1st day mereka kembali semula ke sekolah. Bagi fakhira ini merupakan sekolah lama dia dimana dia kembali kepada asal, berjumpa semula teman-teman lamanya. Apa perasaan dia masa tuh? Fahmi pula masih memikirkan sama ada nak masuk ke sekolah teknik atau tidak, samar lagi jalan dia, minat dan skill yang dikejar masih jauh. Matematik masih menjadi batu penghalang dia, sebab dia paling tak suka subjek tuh. Nana pula sempoi sekali sebab dia rilex sahaja dan galas beg yang berat. Haha. Aku pula masa ambil mereka, rasa seperti kembali ke sekolah, memakai seluar hijau dan berbaju putih. Bermuka comel tiada janggut dan jerawat. Seronok rasanya perasaan itu.
Monday, January 4, 2010
Azam di tahun baru, tahun 2010
Memantapkan skill penggunaan kamera dslr, memantapkan otak menjadikan diri bijak dan kreatif, Menabung untuk kegunaan dikala terdesak, Mencari peluang kerja yang baik, Mencari pengalaman-pengalaman baru, Membeli lensa baru, Membeli sebuah kereta kecil untuk kemudahan diri, Melukis sesuatu yang indah, Mengkaji teknologi baru supaya tak ketinggalan seperti katak dan Membesarkan badan supaya nampak tegap.
summer hilang sekejap, watak autumn muncul
meow mengganas
Meow mengganas diwaktu senja sebab tuan nyer merayau jauh sehingga lupa makanan kucingnyer. Malang buat meow johny, aku smoke dan smoke ketika itu tanpa habiskan sebatang rokok itu, terus aku sumbat pada mulut moew itu. Aku nak ajar meow ini cara smoke dan buat bibir dia hitam dan tebal. (cerita gebang untuk isi masa lapang).
Picture: Kucing
Date: 3 Januari 2010
Place: Hadapan rumah
Time: Senjakala
Faiiz Ramli : moving to Bukit Jalil
Jumaat is the last day, after that maybe not like the others day. He's moving to Bukit Jalil stay with parent, he's moving cause followed his father work. Now Mr.Ramli be a lecturer at OUM i think, i didn't remember. So Faiiz moving give a big impact to us, where we are hard to get crazy and more crazy when he's not around,beside that we don't have transport anymore. wakaka. Last day we enjoy togehter is at The Curve, Damansara. We going there to find LCD screen for his pc and i wanted 8gb pendrive for my mother. That day 31 Disember 2009. So 2010 comes and one of my friends moving to another place but not far from tg.malim. I don't know what else to write down so..that all. he's not going to die, but when he moving, i don't know how to tell about the feeling that time.
Saturday, January 2, 2010
2010 changes!
Tahun 2010 sekarang, pantas masa berlalu, umur meningkat,tp rupa tetap sama. Buntut pun x melebar dan mengecut. 2010, perubahan perlu dibuat untuk menjadi lebih terbaik dari tahun2 sebelumnye, tahun ini otak ini perlu menjadi bijak dan pantas supaya bertambah kreatif. Insyaallah. Perubahan2 dibuat secara perlahan dari pengalaman2 yang lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)