Saturday, October 31, 2009

self-expression take 1


bila kesangapan nak shoot pix sendiri beginila jadinya..rasa kalut saja.

Azim Ghani ShootBosan2!




Ini adalah azim ghani dan gambar ini diambil secara suka2 untuk mengisi masa lapang. Pendapat aku waktu ini azim kelihatan seperti mafia atau gangster dan menarik juga gambar yang aku shoot (syok sendiri). Dulu aku tengok cerita the godfather (mafia italy) terus aku teruja dan menjadi budak sicily sebentar ala don corleone, tak lama lepas itu aku tengok young and dangerous (kongsi gelap hong kong) pun terus aku makin minat untuk jadi gangster. Rasa seperti kacak pula mempunyai identiti gangster nie. Kesan pengaruh filem yang kuat.

hemo hemo mengganas apabila assignment di kepalanya


selepas mengamuk rasa mengantuk menjelma..kerja terhenti seketika esok diteruskan lagi

conference -indonesia private university industry linkages 2009






Sidang ini merupakan sidang yang paling teruk sekali pernah aku join, tragedi yang sial sekali menimpa aku. Setting management dia kelam kabut walaupun gabungan unisel shah alam dan bestari jaya bergabung. Group aku ada 5 orang dan kami sendiri tak diberitahu tugas dengan nyata. Geram dan bosan melanda, aku dan yang laen terus pulang ke hostel MAIS dan sambung tidur, jam 12 mendapat panggilan yang group kami dipersilakan balik ke UNISEL sekarang dan pulangkan duit semula. Stress dibuatnya aku sudah kehabisan duit masa itu. Ya memang salah group aku, tapi bukan keseluruhan kami adalah salah.
Person: Fairuz, Shahrol, Ayed, Azim, Nik, Khairil dan Jazlan

Wednesday, October 28, 2009

pandangan teralih

Tadi sempat aku alihkan pandangan pada sebuah rumah usang..agak unik dan menarik pada view rumah itu. Kalau boleh aku nak mencapai pensil dan kertas lukisan untuk lukiskan view yang aku lihat walaupun lukisan aku tidak seperti yg aku lihat, tapi aku sendiri mengerti apa yang aku ingin dan lukiskan. ternyata disini aku tidak berbakat untuk melukis tetapi aku punya hati ingin melukis dengan gaya sendiri..(berlagak)

Terserempak dengan mereka

Seronok berjumpa dengan rakan yang jarang berjumpa..macam2 persoalan yg timbul diiring dengan gelak ketawa. Sekejap sahaja perjumpaan itu, tapi terasa seperti lama. Petang sahaja muncul aktiviti baru yg dirancang. Bersukan jawapannya untuk enjoy seketika.

Sunday, October 25, 2009

this one to: fakhira

saya ajar adik saya menulis guna otak,
saya ajar adik saya berfikir guna hati juga,
saya ajar adik saya bertindak dengan tepat,
saya ajar adik saya eksperimentasikan yang negatif,

saya bukakan mata dia untuk dia sedar,
terpulang pada hati dia untuk memegang pen
dan berfikir apa yang patut ditulis.

Saturday, October 24, 2009

balik atau tidak


aku masih belum temui jawapan sama ada hendak balik atau tidak, rasa penat pula nak drive, kalau balik banyak pula aktiviti nanti sure x sempat nak rest. Dah lama x bermain tenis di upsi.

Monday, October 19, 2009

Selesai sudah urusan kad kredit Nik Iskandar


photo: dome restaurant

photo: mama di tepi butik crocs, lot 10.

Jam 8 pagi bertolak ke Bukit Bintang, Kuala Berlumpur. Tiba pada jam 9.00 pagi. Aku dan mama saja yang pergi. Tujuan menyelesaikan semua hutang kad kredit arwah papa.

Sunday, October 18, 2009

Port Lepak: rumah Ckg Aizan






15 minit memerah otak mencari tempat lepak, akhirnya membuat keputusan utk melepak bersantai di rumah efa. Ketandusan idea, ditambah dengan matawang yg jatuh teruk. Aku, gee dan jurish straight menuju ke rumah efa. (slurrpyy efa sudah mencair) Bercakap tanpa henti ditambah cikgu aizan yang turut serta mengOMONG hehehe..ketawa aje semua. Penat jugak berborak.

efa & mimi

Semasa berjogging di tasek. Kesian Mimi dibuli oleh lelaki melayu terdesak ini. hahaha.
Berpura-pura sangap sampai buat mimi blur sekejap. Mimi budak KDU, degree in law.
dia merupakan cousin efa. hahaha.

Perkara semalam





Pagi yg cerah dimana mentari sudah timbul dan hampir terpacak menegak baru aku bangkit dari tdo, mendapat msg dari iz zi. Dia sudah tiba di tg.malim, kelam kabut aku mandi. Selesai semua aku keluar dengan note (beli ayam bbq tuk malam nt). Sempat juga berjumpa dengan izani. Selesai je, runner mencari ayam untuk dipanggang dan disental bersama kawan2 malam nt. hahaha.. malam itu, ayam yg aku perap merupakan ayam paling masin (terlalu lama perap) kah3. sial tol.

Thursday, October 15, 2009

satu perkara satu ingatan: nik iskandar

Petang setelah balik dari beli monitor baru..aku sudah kopak..hahaha..dari unisel aku gerak dgn daus. Exam marc boleh tahan juga aku menembak..rasa2nya berjaya juga mengenai sasaran..hahaha..jam 6.30 ptg cabut keluar kejap untuk berasap..hahaha. Waktu tu yang terlintas di kepala "nik ahmad iskandar" dan keluarga. Buntu sekejap bila masuk part adik2 aku..nakal2 belaka. Rasa susah giler nak control dowg, myb aku dulu pun lagi sial kot..hahaha..aku berfikir panjang juga dan bila masuk part nik iskandar, aku berfikir mcm mane keadaan dia yang jauh disana....

note: dalam masa yg sama aku habiskan sebatang rokok sahaja..kah3 (ketawa syok sendiri)

Wednesday, October 14, 2009

step of abstract: kantoi!


Ketawa besar dulu! hahaha..agak stress juga aku sewaktu menjawab. sebenarnya aku hanya hafal maksud abstrak,kitaran maklumat and type of abstract saja..aku push otak mencari mana logik..hahaha..agak laju juga otak berpusing dari paksi ini..hahaha selesai menjawab paper aku da mengantuk giler!soalan yang aku tak mampu fikirkan dengan logik : = steps of abstract

Monday, October 12, 2009

high temperature: otak saya

Bulan! malam ini kau temankan aku membaca nota-nota utk esok, malam ini aku tidak akan bermimpi, asap sudah keluar dari telinga tanda temperature sudah naek. Sesi membaca akan diteruskan semula malam nanti.hahaha.

Kebuntuan Timbul: abstract test!

Esok test utk paper indexing and abstracting. Nota kaki tangan masih aku belum sentuh lagi. Kepala blur lagi walaupun mandi berkali-kali. Mungkin kerana perut belum terisi.. Stressnyer. Asap akan berkepul diwaktu senja. Malam ini malam peperangan aku dengan nota2. Hahaha keganasan yg melampau. Harap otak ini dapat mencair dan menerima idea dan nota yang aku baca.

Photoshoot: Bukit Tagar ( time bosan-bosan)




Person: Faris Rahman
Location: Bukit Tagar (selangor)
NOTE: petang yang bosan merayau melegakan minda

Sunday, October 11, 2009

Penat,letih,capet: nik faiz


Semalam aku bermandi hujan sewaktu pulang ke tg.malim, adventure habis aku atas motor dgn style ala-ala REMPET.. dalam perjalanan sempat aku tgk show BMW berpusing di highway.. mujurlah semua selamat, kereta tersebut meneruskan perjalanan mereka semula, hahaha..setelah sampai ke rumah, salin pakaian semua..aku runner ke bengkel kereta untuk amek kereta yg terBELANGKAI lamanyer..hahaha..usang sekali kereta ku. terus memulakan perjalanan raya ke rumah muaz dan nazkhalida.. turut bersama izah liyana, mizah, wan afro dan gee..

Malam ke UNISEL berjumpa dengan Mona sebentar, motif testing kereta sahaja,
seblum itu aku pergi rembat durian di rumah mizah..hahaha..dapatla 3 biji.. sebijik aku bawak balik rumah sewa tuk membe-membe..pulang jam 12 malam.. badan yg letih aku still lagi melepak..wah ntah pukul brape aku melelapkan mata pagi semalam

Saturday, October 10, 2009

texas with winston light: faris rahman


Lokasi yang dibawa oleh FARIS RAHMAN, hahaha sebenarnya di bukit tagar ada bukit kapur yang banyak, terselindung dibalik ladang kelapa sawit. Waktu tembak-tembak adalah jam 5.30 petang..diambil pada 8 oktober 2009.. PETANG itu suasana yang bosan dan stress berserta dengan LAPAR aku dan faris mengorak langkah untuk merayau-rayau dan dia cadangkan
aku pergi ke tempat bukit tagar, kerana dia rasa permandangan di situ baik and sesuai tuk aku setting photoshoot, isi masa terluang..hahaha..waktu pulang terjumpa plate kereta singapore dan apa lagimalam itu juga kereta basir proton wira bertukar plate kepada SINGAPORE PLATE (YELLOW) dan tawaf satu UNISEL untuk menarik perhatian semua lapisan masyarakat yg terdapat di dalam unisel..hahaha

gambar lama: terjumpa terselit tersorok


Gambar lama, sewaktu aku di tingkatan 5 sewaktu masih lagi bersama FAKHIRA.
Waktu tersebut aku tidak menghargai dia yang setia,
sikap bodoh aku ini membuat aku kebuntuan sekarang seperti PALAT
sekarang dia belajar di masterskill, cheras dalam bidang nursing.
Itulah cita-cita dia semasa sekolah lagi. Akibat stress ini aku sudah takut
untuk menerima pasangan lain, aku tidak bersedia untuk semua itu lagi.
Conclusion nye aku nie perlu menggunakan cermin mata supaya dapat melihat
dengan jelas dan menjaga perasaan pasangan..akan datang aku perlu menjadi
PINTAR kembali......

rockstar: setelah kelas puan fadliah


AKU MENGGANAS sebentar di bukit minyak
setelah menolong menyemak buku-buku library,
ternyata sekarang otak lambat berputar dari paksinya dimana
aku siapkan satu buku dalam masa yg lama kerana sudah lupa akan
kod2 dalam format marc21, terasa seperti usia meningkat tua yg KRONIK dan PANTAS
geram sangat, dan akibatnya aku mengganas seorang diri di rumah british bernombor 6,
lokasi sebenarnya bukit minyak,batang berjuntai (unisel)...

Wednesday, October 7, 2009

model shoot!

sticker kembali


the sticker: kembali (butterfingers limited)
note: in the original butterfingers albums kembali
buy: during sem 5 (awal bulan 2)
now: this sticker at the black guitar (hahaha) with rainforest sticker

attack cheras plus gombak


plan: pertunangan kakak zaihan/serang gombak dan kuang kuang!
date: 3/10/2009 (sabtu after kelas puan hamidah)
cars: 4 only
note: kereta aku high temp at cheras ( kiwak tol!), di gombak cari bengkel kwn ayah ain.
note: really thanks to person helped me!during the car had problem!really pissed off!
note: my face changed!from excited!to shit!
note: the battery also going end!

cherating:senja


location: cherating,pahang
person:nana dan amir
date: raya ke-4!

Malam raya!


location: rumah eiji
time: malam raya 2009
credits: faiz

raya 2009

location: proton city, tg.malim
person: mama,nana,fakhira,fahmi&faiz
date: during raya (petang raya)