Friday, May 15, 2009

hina diri sendiri:gila bayang

Hari nie,hari kedua aku bekerja. Seperti biasa aku cuba hiburkan diri dan lupakan farahin,namun susah. Gurauan pn.adna buat aku teringat sangat tentang farahin. Susah hati juga,dan aku berbohong. Aku simpan semua rahsia tentang diri aku sendiri. Aku tak mampu nak mengatakan yang kami sudah tiada apa2. Aku teringat dan nak melarikan diri dari semua. Aku tak tahu apa yang nak dilakukan lagi. Sakit juga dengan diri sendiri.

I Hate Myself. feeling macam kurt cobain some of idola aku semasa kecil, aku rasa nak jadi seperti dia, aku terpanggil dengan air kencing setan, berbau, cannibal corpse, mayhem, immortal kembali memanggil aku. Aku tak tahu nak berbuat apa. Aku nak kembali pada farahin semula. Tapi aku dah musnahkan segalanya. Aku sendiri punca dan jadi api. Sikap pemikiran aku yang terlalu pandai untuk membuat haluan dan jalan yang terbaik.

Mana baik mana buruk, aku dah jatuh aku dah tak mampu fikirkan apa2. Aku berharap saja dia kembali. Tuhan aku inginkan dia kembali. Aku tahu aku tak bijak menguruskan semua. Aku berlagak sahaja seperti papa. Papa tetap satu,hanya dia yang mampu menguruskan semua dengan baik. Aku sendiri melarikan diri sekarang. seperti sotong. Geram,marah terbuku dan membuak. Mati pun tak gentar. Setan semakin berjaya menghasut otak aku.

Aku nakkan dia semula dan jadikan diri aku dan dia sentiasa bahagia bersama dengan aman. tanpa sebarang rasa ego dan marah..plz comeback again.

No comments: