Saturday, May 29, 2010

Lelaki pizza


Nik Nur Farzana dan Kurt Cobain

Bercakap kosong dengan kawan







Penolak troli dan kuih


Saya di waktu pagi melalak.
Kueh kueh kueh, kueh kueh kueh.
Tapi saya masih menganggur lagi.
Sekadar untuk mengisi duit poket.
Alhamdulillah saya mampu isi minyak,
dan top up. Memadai buat masa sekarang.

Saturday, May 22, 2010

ONCE: Falling Slowly

falling slowly,

eyes that know me,

and i can't go back

moods that take me and erase me

and i'm painted black

you have suffered enough

and warred with yourself

it's time that you won

The xx - VCR

love this video. (black and white)

Friday with Maya


Hari jumaat,
Aku buka mata matahari dah terpacak,
Ke rumah Allah untuk beribadat,
Selesai aku balik dan online,
ym, blog, ym, blog, facebook, ym, faceboobs,
rasanya aku on je tanpa layan siapa-siapa,
kadang-kadang aku melayan sape yg buzz,
dan kadang-kadang aku rasa malas nak melayan,
dunia maya oh dunia maya,
siber oh siber,
aku bazirkan masa saja rasanya dengan online
tanpa tujuan.

Note: aku suka facebook profile, kami sokong patrick star menjadi warganegara Malaysia.
Kreatif gila, lagu apakah yang diminati oleh patrick star?? sudah semestinya lagu
Elyana bagaikan diriku tapak sulaiman. Kah3. funny.

Friday, May 21, 2010

nana cobain


Menonton drama




Orang lain da habis tengok cerita, aku baru mula nak tengok. Ramai sangat yang suka drama tuh. Jadi hari ini aku download cite tuh untuk ditonton isi masa lapang aku. Aku rasa lisa surihani cantik pula ditambah dengan pelakon kecik tuh nama mia sara. Ini lah akibat kurang menonton televisyen, aku mengharapkan surat khabar saja. Berita, drama, telemovie, iklan di peti tv aku abaikan. Banyaknya missing.

Thursday, May 20, 2010

cari part-time job bukan blow job

Kes buang bayi makin meningkat pula kebelakangan nih, macam musim pula.
Macam-macam, patutla makin lama dunia ni makin panas, panas dengan berita
sensasi, panas dengan pergaduhan, panas dengan skandal. Aku pula panas dan
pening fikirkan nak cari kerja. Dem bulan 6 aku nye planning terhad sgt, ramai
yang berkahwin di musim cuti sekolah.

Tuesday, May 18, 2010

Gambarajah di canai river



disini kejadian hp aku berendam, aku terlupa handphone dan wallet aku masih tersimpan
dalam poket, bila terjatuh dalam air aku masih rasa blur. Bila gee tanya aku masih berfikir
lagi, haihh hilang saja blur baru aku realize pasal hp dan wallet. hahahampeh. kejadian malang
aku da rasa pasnih aku da tiada hp lagi macam mane nih, so aku pinjam hp nana jela dulu.

Sunday, May 16, 2010

kejadian jumaat

Okeh petang jumaat bergegas ke rumah efa tuk setup bbq dengan ejad. Suasana ok lagi masa tuh, dengan muka slumber aku mintak efa pinjam kereta, dan diberinya kereta naza sutera berwarna hitam yang masih baru, tanpa sebarang kesan insiden. So aku drive pinjam untuk ambil barang-barang at rumah azim, dan aku pulang ke rumah kejap, masa tuh hujan mula turun dan semakin melebat, nana semakin malas untuk pergi mengaji, dan masa ini aku ambil kesempatan untuk guna kereta tersebut hantar nana mengaji. Sementara nana mengaji aku amek gee di rumahnya dan patah balik ke rumah ustazah. So bila sampai aku dengan confident percayakan ustazah itu bila dia suruh park kat kawasan sebelah unser. Mula-mula dalam otak aku kata, tak boleh lepas nih, tapi aku belasah juga bila da trust orang.haihh. Masuk-masuk tak boleh bila undur mula la, scratchhh.. kereta naza bergesel dengan unser. tahniah nik faiz, kau berjaya mencalarkan kereta orang. dem.Masa tu aku da blur dan dilanda macam-macam negatif. Mula la memaki diri sendiri dan berfikir panjang. Macam mane aku nak hadap cikgu aizan dan mazli. hahahampeh. Masa itu juga pemikiran negatif control, oh lepas ini mungkin orang akan hilang percaya pada aku. Belasah saja luka mana yang tak pedih. So hadap sahaja.

nota: so aku selesaikan juga dan hadap, dah memang salah aku, mama aku membebel tanpa
henti, dan rasa malu semakin tinggi muka menjadi tebal selagi boleh. Cikgu mazli dan Cikgu
Aizan, saya mohon maaf atas kecuaian saya. Ganti rugi kereta berjumlah rm350. Dua pintu
dicat baru dan kemek diketuk semula. Next work hantar kereta di workshop Yik Tak masa
cuti sekolah nanti.

Fresh di hutan


(gambar sekadar hiasan)

Saya kebosanan hari ini sebenarnya selepas beristirehat dan melayani suasana
nyaman di hutan. Segar rasa kepala bila rendam dengan air sungai yang sejuk.
Daun hijau bebaskan oksigen yang segar-bugar. Aman rasanya tanpa memikirkan
sesuatu perkara. Otak berfungsi dengan lancar. Bila pulang jadi keras semula
akibat kebosanan tahap gaban.

Saturday, May 15, 2010

Thursday, May 13, 2010

hp basah pula

Semalam handphone N73 aku mandi air sungai dengan selamatnya,
haih di lokasi sg canai. muka selamber dan otak terngiang-ngiang sebut
duit oh duit. Mana tak nya, pasnih sudah tentu kopak duit aku, dengan
mcm-mcm aktiviti haiihh rungsing sekejap. Dulu aku runsing juga mencari
N73 nih semata-mata nak mengaburi arwah ayah aku sbb hp dia yang dia bagi
hilang masa di hostel aku. Dem. Sekarang setelah lama dalam poket jadi
macam nih pula. Hari ini pula lepak di diamond creek dengan gee dan muiz.
Megi segera pengalas perut aku. Lepas tuh runner ke mamak kutip duit bbq,
rasa mcm ramai pulak yang datang parti bbq nt. haihh ayam oh ayam cukup ke??
3 ekor sahaja.

Monday, May 10, 2010

puas dengan cuti


Tak tahu la sejak akhir-akhir ni aku rasa cam kurang semangat, kurang aktif, seperti malas
yang kuasai badan aku nih, bangun pun da lambat skg, mandi pun mcm tak nak. kah3.
Rasa da puas melepak, menanti bulan 12 yg lama lagi tuh, haih. idea2 sume beku.

Friday, May 7, 2010

Rupa Terdesak


Control perasaan, rasa semakin membuak nak dapatkan d90. bullshit.
Semakin lemah menahan diri dari godaan nafsu. Mujur kewangan yang
tak stabil buat aku sedar yang aku perlu fikirkan masa hadapan. Macam
macam planning lagi untuk masa akan datang, 1st nak wat trip ke melaka,
2nd nak beli seluar baru untuk kerja. dem. Duit oh duit tiba-tiba makin
berkuasa seketika. Kerja keras la dari sekarang nampaknya.

tonton luar court


Malam-malam camni best juga rilex tgk orang maen tenis,
freshkan otak body, esok bangun bertenaga. Malam ni tgk kawan papa
pak cik yaki maen tennis, skill dia unik la, so perhatikan setiap step dia.
esok aku bule praktikkan sket dalam skill aku. hahaha. Bila da bule control,
mula la experimentasikan, budget macam star pulak aku nih. tahi.
yes boleh la 6 pax aku kembali.

Thursday, May 6, 2010

Monday, May 3, 2010

Meranti Uitm






Ke Shah Alam sekejap untuk mencari suasana baru,
dari kebosanan di satu tempat sahaja, so gerak ke shah alam dengan
ejad dan aidil. Masuk ke Meranti sekejap bersantai di bilik aidil.
Budak2 seni kreatif, best juga tgk aktiviti seni dorang. Haih kan best
aku dapat jadi kreatif macam dowang. So aku jumpa azim, dia seorang
kaya kini berumah banglo dengan 14 askar lagi. So balik petang dan rasa
blur, kerja-kerja banyak ditangguhkan. Hope esok aku selesaikan semuanya.

Sunday, May 2, 2010

new balance 749running


pasnih aku nak lari,
lari buang tahi at tandas,
lari cari wang bertaburan,
lari rebut jualan murah,
lari kejar perempuan berbogel.

lagi gambar risik merisik




Risik Merisik






Aku datang melenggang kangkung, kebetulan bawa kamera,
masa kenduri risik nih aku tak bawa speedlite pula, gee tak inform
pun suh ready, dengan shirt dan berseluar pendek je aku datang.
hahahampeh dan malu rasanya. Aku lupa gee ada sebut kenduri risik
masa dalam phone.

halimunan abad ke-21

aku ingat nak pergi kl arinih nak tgk monoloque perform at capsquare,
tapi plan ejat nak lepak ngan cewek2, pastuh hujan lak petang td,
sempat aku tambah koleksi kasut baru New Balance. haihh duit lagi tuh.
membazir aku menyusahkan mak aku, jahatnya aku. Dan lagu halimunan
abad ke-21 bermain sepanjang hari, jadi macam bulan 3 arituh. aku memang
enjoy dengar lagu tuh, lagu melodi klasik dengan penulisan genius.

pencakar langit indah sempit,
tiada ruang di jalan chow kit,
ku ingin pulang ke hutan batu,
abad ke dua puluh satu.

Saturday, May 1, 2010

Lahap dan berita


tadi makan pizza sambil tgk berita sal kes tembak budak 15 di shah alam,
senang-senang je budak tuh ditembak oleh polis tersebut, haih al-fatihah.
Nama budak tersebut aminulrashid, polis masih mencari fakta kes nih,
even klu salah polis pun, susahla nak aim, title polis diraja Malaysia tuh kuat.
Takziah buat family aminulrashid.Pastuh bangkit pergi tahlil rumah ayah uda,
al-fatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita semua, semoga mereka
tenang dan ditempatkan di tempat golongan beriman.

Kerja Bertukang






1 kerusi 1 hari,
lembapnye aku buat kerja.