Tuesday, February 16, 2010
Sunway Sunburn
Hari ini half day kerja, semangat nak balik kampung semakin tahap kemuncak, dem. Jam 12.15 aku terus keluar dari pejabat tanpa toleh kebelakang. Run Nick Run! Jam 1 berangkat ke perhentian bas tg.malim, suasana sesak jumaat ini ramai yang da mula bercuti. So destinasi pertama aku ialah hentian bas putra (turut serta gee). Sampai putra dengan bangga aku berjaya dapatkan tiket ke kota bharu, lega rasanya. tiket malam esok jam 9.00. So malam ini aku akan tido di rumah faiiz di Puncak Jalil. Sebelum ke rumah faiiz kami ronda-ronda cuci mata di The Mines, setiba di rumah faiiz jumpa parents dia, mandi-mandi dan borak. Jam 10 lebih bertolak ke rumah nik tajudin pula, bersiap sedia untuk terjun ke swimming pool. Ayah long balik kampung naik flight pagi jam 6. Aku dan gee sahaja yg berendam dalam swimming pool sementara faiiz sibuk dengan facebook. Esok aku dan yang laen akan pergi ke Sunway Pyramid. Rasa happening pula cuti nih, tapi tak lari dari kesesakan lalu lintas, udara yang kotor, perasaan nyaman masih tiada, otak kebingungan lagi.
Esoknya jam 9 bertolak dari rumah faiiz ke Sunway Pyramid, sebelum itu singgah sri petaling ambil ody, membe facebook. Shira, fey, mona, fara dan dilla ada sekali, tak sabar rasanya nak berjumpa dengan diorang. Bila sampai aku dapat tawu fey ngan mona ada di kuala selangor lagi, sementara menunggu ronda-ronda dulu dan sempat maen macam-macam games. hahaha. Bila mereka da sampai suasana makin happening sampai petang bila semua da penat tak terkata. hahaha. Kantoi snap gambar fey secara curi-curi. dem.
Balik dengan kepenatan siot, aku drive ke Putra. Dengan kelajuan maintain, mujur jalan x jam. Sampai ke Putra jam 8.45 malam. Jam 9.00 aku naik bas meneruskan perjalanan ke Terengganu. Dalam bas menggigil dan tido tanpa henti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment