Senja semakin tiba, aku rasa patut berhenti merayau untuk ahad (31 Jan). Aku rasa macam tak cukup berehat semalam attack danau kota, sesak sekali, macam-macam ragam dan jenis manusia aku lihat semalam. Aku berjalan dengan satu tujuan, t-shirt sehelai (dapat pink floyd).
Suasana ahad memang tenang dan senang hati sebab otak tidak runsing memikirkan kerja-kerja di pejabat yang tak tahu bila habisnya. Senja hampir tiba selepas panas terik dan mendung. Aku pulang ke rumah untuk selesaikan planning bbq dengan jiran.
No comments:
Post a Comment