Saturday, January 9, 2010

Ziarah beliau, nik ahmad iskandar

Hari sabtu, 9 januari 2010, sudah setahun allahyarham nik ahmad iskandar pergi meninggalkan kami. Hari ini kami masih mampu berdiri, mengharungi kehidupan yang semakin lama semakin mencabar. Dunia hari ini dilabel sebagai dunia duit. Hahaha. Terima Kasih pada mereka yang banyak membantu kami sekeluarga, terutama ayah long, kawan2 allahyarham, kawan2 mama dan kawan2 aku yg masih tegar bersama dengan aku. So untuk hari ini, aku dan mama dah selesaikan urusan upgrade kubur beliau, bagi kemas dan lengkap batu nisan bernama. Kos menelan belanja RM2000, puas hati kerja tangan pak cik tersebut. Tengsss. Untuk gambar di atas merupakan gambar kubur beliau, sebelum di ubah suai. Kebetulan pak cik membuat kerja2 ni, hari lahirnya sama dengan allahyarham. Operasi ubah suai kubur memakan masa tempoh 1 jam lebih. Selepas membuat bayaran. Kami berbual panjang. Al Fatihah

No comments: