Selesai sudah pendaftaran masuk unisel hari pertama, kenapa aku datang hari pertama? aku jenis suka buat keje awal2 lepas itu mulakan aktiviti goyang kaki sambil tengok movie2. Yuran untuk pendaftaran kali ni sama saja, perubahan sekejap yg dibuat telah di batalkan atas sebab-sebab Mogok! hahaha mana tak nya yuran naik tiba-tiba dengan nilai yang tinggi terus kalau nak buli or kenakan orang pun beragak-agak la sikit. So pihak MPP Unisel menentang menggunakan facebook kenaikan yuran tersebut, semua student support tuk tentang habis-habisan.
Hasilnya daripada pengumpulan pelajar dari yang majoriti menyokong untuk membatalkan kenaikan yuran tersebut. Aku apa lagi tanpa segan silu bertanya, bro duit balance utk student yang bayar terlebih tuh boleh dapat sekarang x? hahaha trick lama diorang guna, duit tuh terus masuk tuition fees. So selesai saja daftar aku nak cabut terus mulanya. Rasa berat hati pula, aku malas nak bazirkan masa balik kosong tanpa lepak dengan budak-budak nih, so merayau-rayau sekejap then balik ke unisel semula terserempak dengan ewan jalil, naim viva dan muaz. So masa naim sibuk mendaftar aku ke fakulti dan berkumpul dengan budak kelas dan isi borang praktikal, then runner balik ke dewan utama.
Duduk jadi tugu negara sekejap pastuh terserempak dengan basir, azim dan fazzry tak lupa juga luqman dan aweknya. Naim selesai daftar sumbat semua dalam kereta aku terus ke midvalley, kuala berlumpur. So sampai sana cuci mata. Berjalan-jalan non-stop sampai petang baru rasa nak balik.
note: bangkit jam 7.00pagi, runner dengan kelam kabut ambil gee dan jurish. Sampai aku lupa tees. Leceh betul.
No comments:
Post a Comment