Sunday, May 10, 2009

selamat hari ibu

SELAMAT HARI IBU,

kepada semua para ibu, hari ibu disambut bagi mengenang jasa dan pengorbanan. Hari ini ayah long ( NIK TAJUDIN ) telah memberi idea untuk aku menyambut hari ibu. Walaupun tidak seberapa tapi aku rasa mama gembira. Mama masih rindukan papa, begitu juga kami adik beradik yang lain. Biasanya papa yang akan planning semua ini. Pagi aku bawa mereka melawat papa. Itu mungkin membuat mama rasa dekat dengan papa.

Aku sebagai anak sulong, paling banyak karenah (hehehe) rasa terharu dengan pengorbanan mama. Aku sepatutnya berusaha keras untuk berjaya, kerana itu adalah hadiah aku untuk mama. Diploma adalah hadiah bagi pengorbanan mama mendapatkan nikon d60 untuk aku.
Aku rasa bersalah pada mulanya, namun mama gembira masa tu walaupun dia tahu dia tiada wang.

Banyak urusan yang dia kena buat semenjak allahyarham sudah tiada. Aku kesian, sebab waktu
itu aku terlalu jauh. Aku cuba sembunyikan semua rasa sedih aku. Sampai sekarang dia tak tahu. Tapi pagi tadi sewaktu kereta yang aku pandu terlanggar batu, aku nak menangis sebab tak mampu menjaga harta ayah aku. Benda tu memang banyak tapi ia satu sebab papa yang punya. Jadi ia sangat bernilai pada aku. Masa tu aku da hampir nak menangis,nasib baik aku dapat mejauhkan diri. Aku cuba balas jasa-jasa mama semua tapi jasa yang hanya aku balas terlalu sedikit.

Bagi aku walaupun dia gembira, tapi satu dia tak tahu aku sayangkan dia sangat. Aku sedih melihat dia seorang, Aku nak peluk dia. Takkan dengan kejayaan aku dan dia gembira itu mencukupi. Aku betul2 kena memberi kasih sayang pada keluarga. Mereka saja yang dekat dan ada bersama aku. Kebanyakkan rahsia aku pendam sendiri. Mama selamat hari ibu dan terima kasih. Along sayang mama.

Thanks to Ayah Long for the idea. ( Aku sangat terhutang budi )

No comments: